1. Pengenalan

Polisi ini menggariskan syarat dan prosedur pembayaran atas talian bagi semua transaksi di platform kami. Dengan meneruskan pembayaran, pengguna dianggap telah bersetuju dengan syarat yang ditetapkan.

2. Kaedah Pembayaran Diterima

Pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad kredit, kad debit dan perbankan atas talian.

3. Keselamatan Transaksi

  • Kami menggunakan sistem keselamatan pembayaran yang mematuhi piawaian industri bagi melindungi maklumat pengguna.
  • Kami tidak menyimpan sebarang maklumat kad kredit atau butiran sensitif pengguna.
  • Semua transaksi pembayaran yang diproses di platform kami adalah dianggap sulit.

4. Tanggungjawab Pengguna

Pengguna bertanggungjawab memastikan maklumat pembayaran yang diberikan adalah tepat.