Jabatan / Agensi

1 - Warganegara Malaysia.
2 - Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), IPTA/Swasta dalam dan luar negara.
3 - Pelajar boleh memohon mana-mana Jabatan/Bahagian/Unit yang difikirkan bersesuaian dengan bidang pengajian.
4 - Pelajar akan mengikuti latihan industri bersamaan dengan waktu pejabat yang ditetapkan pada hari bekerja.
5 - Pelajar hendaklah berpakaian kemas dan sopan sepanjang tempoh latihan industri.
6 - Permohonan juga perlu dikemukakan selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh latihan industri.
7 - Tempoh latihan industri adalah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Universiti Awam (UA), IPTA/Swasta.
8 - Setiap permohonan perlu sertakan Resume (Bahasa Melayu), Transkrip dan Surat Permohonan dari Universiti Awam (UA), IPTA/Swasta secara atas talian.
9 - Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.