Saringan Awal Pensijilan Halal (i-HaQ)

Syarat-Syarat Permohonan

Pemohon atau pengilang hendaklah:

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Suruhanjaya Koperasi Malaysia / lain-lain agensi kerajaan;
  • Mempunyai lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / surat akuan dari agensi kerajaan;
  • Beroperasi sepenuhnya terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat;
  • Mengeluar dan / atau mengendalikan produk halal sahaja serta mematuhi standard halal yang ditetapkan;
  • Memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai sijil pengesahan halal yang diiktiraf;
  • Memohon semua jenis produk / menu yang dikeluarkan di kilang / premis berkenaan;
  • Permohonan bagi pembungkusan semula (repacking) hendaklah mengemukakan sijil halal yang diiktiraf bagi produk tersebut; dan

Permohonan yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:

  • Produk yang tidak halal;
  • Sebarang permohonan yang tidak mempunyai standard rujukan / garis panduan;
  • Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal;
  • Penggunaan jenama yang sama bagi produk halal dan tidak halal;
  • Produk / premis makanan yang memberi implikasi negatif terhadap agama dan sosial (contoh: pusat karaoke, pusat hiburan, dadah, rokok, pewarna rambut, pewarna kuku dan lain-lain);
  • Produk semulajadi yang tidak melibatkan sebarang proses seperti ikan segar, sayur-sayuran segar, telur segar (fresh egg) dan seumpama dengannya;
  • Baja dan makanan binatang;
  • Pinggan mangkuk;
  • Kertas
  • Produk yang menggunakan nama atau nama yang sinonim dengan produk tidak halal atau istilah yang mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum, hotdog, charsiew dan seumpama dengannya;
  • Produk siap dalam dan luar negara yang dilabel semula (relabelling) tanpa menjalani apa-apa proses di Malaysia;
  • Dapur / premis makanan / perkhidmatan penyajian makanan yang menyediakan makanan yang haram dari segi Syarak;
  • Produk yang masih dalam peringkat awal penyelidikan dan pembangunan (R&D);
  • Produk yang boleh membawa kepada penyelewengan akidah, perkara khurafat dan penipuan; dan
  • Hotel yang mempunyai dapur yang menyediakan menu berasaskan babi.

Tanpa mengambil kira produk yang tidak halal, produk-produk yang tidak mempunyai standard rujukan/ garis panduan yang menepati kriteria seperti di bawah boleh dipertimbangkan:

  • Mempunyai direct contact dengan makanan;
  • Wujud keraguan pada sumber bahan pembuatan / ramuan yang kemungkinan dari sumber halal atau tidak halal;
  • Digunakan sebagai bahan bantuan pemprosesan (processing aids) dalam proses pembuatan makanan; dan
  • Tidak menimbulkan kekeliruan jika dipersijilkan. Contohnya: penapis air; sabun pencuci; surface sanitizer; lubricant (food grade); bleaching earth; tawas dan gas.